Shah Jaszle ditangkap khalwat
Pelakon Shah Jaszle telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai individu yang ditahan atas kesalahan berkhalwat pada pagi Khamis semalam.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh JAIS, pelakon yang mula dikenali ramai menerusi filem Azura itu telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS pada jam 3.30 pagi beralamat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Shah Jaszle ini mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.



Penahanan Shah Jaszle ini berikutan aduan orang awam kepada pihak JAIS dan jika disabitkan kesalahan dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini Shah Jaszle telah pun bertunang dengan gadis pilihannya, Redzwani Puteri yang juga seorang doktor pada bulan Disember tahun lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top