Finalis Kilauan Emas 3 ialah Mior, Silah, Idris dan Alina dan finalis ini sudah bersedia untuk berentap bagi merebut gelaran Juara Kilauan Emas Musim Ketiga.

Keempat-empat finalis mempunyai kekuatan tersendiri seperti rock, ‘blues’, pop dan irama asli.

Mior atau nama sebenarnya, Mior Yazid Ahmad yang dikenali dengan imej rock dari awal pertandingan realiti ini, akui tidak menjangka berjaya melayakkan diri ke pentas akhir.

“Memang tak sangka sebab peserta lain hebat-hebat. Tapi bila nama saya diumum oleh Raja Azura tadi (semalam), Alhamdulillah,” katanya yang membawakan lagu Hilang Naluri pada Konsert Separuh Akhir, malam semalam.

Sementara peserta dari Kedah, Idris yang membawakan lagu popular dendangan Anuar Zain, Sedetik Lebih memberitahu memilih lagu tersebut bagi mencabar kemampuan dirinya.

“Lagu Sedetik Lebih memang mencabar dan saya tak pernah bawa sebelum ini tapi saya memilih lagu itu kerana mahu mencabar diri saya sendiri,” katanya.

Peserta berusia 52 tahun, Silah yang mendapat kejutan daripada pihak penganjur dengan kehadiran isterinya di atas pentas, menganggap kejayaannya ke peringkat akhir sebagai rezeki daripada Allah.

“Dari awal saya meletakkan takdir...di sinilah rezeki saya dan saya berserah pada Allah.


“Saya memang tak jangka berjaya ke peringkat akhir sebab boleh tengok sendiri kehebatan peserta lain pada malam ini (semalam),” katanya.

Sementara, satu-satunya peserta wanita, Alina yang tidak percaya berjaya menempah tiket ke final memberitahu dirinya perlu memasang strategi untuk ‘melawan’ tiga finalis lelaki yang lain.

“Saya tak percaya ke final sebab undian saya paling rendah. Tapi bila dah terpilih, saya bersyukur sangat-sangat.

“Saya kena ada strategi yang baru untuk menentang tiga peserta lelaki lain,” katanya.

Pentas akhir Kilauan Emas bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Rabu depan pada jam 9.30 malam.

Juara bakal membawa pulang sebuah Grand Livina X-Gear dan wang tunai RM 50,000.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top