Sinopsis Bikers Kental 
Filem Bikers Kental  mengisahkan Bidin Al Zaifa (Zizan), cukup meminati motosikal berkuasa tinggi. Dia bekerja di garaj motosikal milik sepupunya, Aidil (Harun). Meskipun sengkek, Bidin berangan-angan memiliki motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah ke negara jiran.

Keinginan itu semakin memuncak apabila bergaul dengan pelanggan setia garaj sepupunya. Dia ingin menyertai geng motosikal yang diketuai Eddie (Awie) namun kehadirannya kurang disenangi orang kanan Eddi, Arbi (Zul).
Poster Bikers Kental

Impian Bidin menjadi kenyataan apabila dia terjumpa sebuah beg berisi wang yang banyak. Dengan duit itu dia membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan diri untuk berkonvoi ke Krabi bersama geng Eddie.

Sepanjang kembara itu Bidin berdepan dengan pelbagai insiden dan konflik. Dia juga jatuh cinta pandang pertama dengan Saiya yang bekerja di sebuah gerai makan. Lebih mencemaskan beberapa lelaki misteri mengekorinya.

Bikers Kental Official Trailer

Info Bikers Kental

* ARAHAN: Helmi Yusof

* PELAKON: Zizan Razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Sufian Mohamed

* GENRE: Pengembaraan/Aksi/Komedi



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top