Tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri  Tunggu Jawapan Kes Khalwat
Shah Jaszle telah ditangkap berkhalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS pada jam 3.30 pagi di Apartment Taman Sri Subang.

Ramai yang bertanyakan siapakah wanita yang bersama Shah sewaktu dia ditangkap dan ada juga yang membuat andaian mungkin wanita tersebut adalah tunangnya Redzwani Puteri.

Namun selepas mendapat sendiri pengesahan oleh Wani, dia menafikan bahawa dia tiada kena mengena dengan penangkapan tersebut.


Wani yang juga seorang doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, memberitahu selepas kejadian tersebut dia ada menelefon tunangnya untuk mendapatkan penjelasan tetapi Shah memberitahu perkara tersebut adalah tidak benar sedangkan telah ada bukti menunjukkan bahawa dia ditahan atas dakwaan berkhalwat pada jam 3.30 pagi.

Walaupun masih terkejut dengan berita penangkapan Shah, Wani masih sabar dan tidak percaya dengan apa yang diperkatakan pihak media dan laman sosial yang menghentam teruk perbuatan Shah Jaszle.

“Terus-terang saya katakan bahawa buat masa ini saya masih lagi sabar dan menanti dengan penuh tenang penjelasan dari dia. Saya berikan peluang kepadanya untuk memberikan penjelasan dan selepas itu barulah saya fikir apa yang harus saya lakukan dengan pertunangan ini,” ujar Wani yang dipetik dari portal Murai.

Wani membuat keputusan untuk diam dan bersabar kerana tidak mahu mengganggu Shah Jaszle yang kini sibuk menjalani penggambaran dan selepas selesai semua kerja-kerjanya baru perkara ini akan dibincangkan.

Shah Jaszle telah ditahan pada Khamis pagi minggu lalu atas dakwaan berkhalwat bersama pasangannya dan jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top