The Apprentice Asia

Buat julung kalinya pada 22 Mei 2013 ini, The Apprenctice Asia bakal menakluki benua Asia dengan disertai oleh 12 peserta yang mempunyai latar belakang yang cukup hebat dari enam negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan India.

Rancangan realiti terkemuka ini telah difilemkan di Singapura dan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama dan diadapatasi dari rancangan siri realiti Amerika Syarikat berdasarkan format yang dicipta oleh pengasas realiti TV, Mark Burnett ( The Voice dan Survivor) dan diterbitkan oleh Fremantlemedia Asia sebuah syarikat hiburan global yang hebat dan terkenal.

Menarik tentang The Apprentice Asia ialah ianya akan dihoskan oleh hartawan syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia, Air Asia, iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Turut menjadi juri utama adalah dua nama besar yang berpengalaman luas dalam bidang usahawan iaitu Mark Lankester, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotel dan Ketua Pegawai Eksekutif Expedia Asia, Kathleen Tan.

Ketiga-tiga nama besar ini akan menjadi tulang belakang kepada 12 usahawan muda terbaik The Apprentice Asia untuk membuktikan siapa yang lebih layak digelar juara The Apprentice Asia.  Mark Lankester dan Kathleen Tan ditugaskan untuk memantau setiap pasukan sewaktu mereka menjalankan tugasan dan pendapat serta komen mereka berdua sangat berguna buat Tony Fernandes untuk menentukan siapa yang bakal dipecat terus dari The Apprentice Asia.

Mengetengahkan konsep yang sedikit berbeza dari The Apprentice sebelum ini, 12 peserta bakal dipecahkan kepada dua kumpulan dan bakal diuji dengan cabaran dan kemahiran dalam bidang jualan, perundingan, kreativiti, pengurusan, penjenamaan dan kepimpinan.

Selain cabaran dan kemahiran yang bakal disaksikan para penonton, turut diselitkan ialah drama-drama yang tidak jangka oleh 12 peserta sewaktu mereka menjalankan tugasan yang diberikan. Pertembungan pelbagai idea dan tiada kata sepakat antara drama hebat yang perlu disaksikan para penonton.

Episod pertama The Apprentice Asia adalah permulaan yang sangat mengejutkan dan mengujakan buat  12 peserta yang terpilih untuk membuktikan kemahiran mereka sebagai usahawan muda yang bermula dari bawah dan bakal menerima banyak pengajaran berguna dari apa yang ingin dikecapi sebagai seorang yang berjaya.

Jadi apakah tugasan pertama yang bakal dilalui oleh 12 peserta The Apprentice Asia di episod pertama nanti? Siapakah yang bakal dipecat ketika sesi boardroom atau mungkin tiada penyingkiran di The Apprentice Asia episod pertama?

Segala jawapan tentang The Apprentice Asia bakal terjawab pada 22 Mei 2013 ini yang bakal disiarkan setiap hari Rabu bermula jam 9.05 malam di saluran AXN (701) dan AXN HD di (721)!

The Apprentice Asia dipersembahkan oleh AirAsia, Expedia, Hilton Hotels & Resorts, IG, telefon pintar rasmi Blackberry dan kereta rasmi Volkswagen Malaysia.

Trailer The Apprentice Asia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top