Sinopsis drama Buaian Kasih

Buaian Kasih mengisahkan watak Suri (Merah) anak kepada Embun yang telah kematian suami. Embun berpindah ke kampung dan berkahwin dengan lelaki bernama Salam yang juga merupakan ayah kepada Qaseh (Putih), seorang yang lurus dan sangat menyayangi kakak dan ibu tirinya.

Buaian Kasih

Tidak lama kemudian, Salam meninggal dunia dan Embun meneruskan perniagaan kedai yang diusahakan oleh arwah Salam yang menyara kehidupan mereka sekeluarga. Namun pada masa sama Embun tidak membenarkan Suri melakukan sebarang kerja walaupun hanya melibatkan kerja ringan.

Watak Suri digambarkan tidaklah seteruk watak Bawang Putih dalam naskhah asal drama ini tetapi disebabkan sikap Embun, Suri terpaksa buat tidak peduli pada Qaseh.

Tidak lama selepas itu, muncul dua beradik datang ke kampung mereka. Kehadiran mereka ke kampung itu dengan impian yang besar untuk membuat kajian terhadap produk yang telah mereka berjaya hasilkan.

Tanpa sengaja si jejaka terjumpa dengan Suri yang sedang leka berbuai di dalam hutan. Melihat sahaja paras rupa dan kecantikan asli Suri membuatkan lelaki itu jatuh hati terhadapnya.

Begitu pun segalanya tidak semudah disangka apabila tawaran untuk berkenalan dan mengenali Suri ditolak mentah-mentah oleh gadis itu.

Pelakon Buaian Kasih:  Mardiana Alwi, Nad Zainal, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Diwan Nawi, Safura Ya’cob dan Raja Azri.

Buaian Kasih mengisi slot Cindai mulai 9 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 2.05 petang di TV1.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top