Sinopsis drama Alahai Omak, TV1

Alahai Omak mengisahkan Kalsom, seorang ibu yang tinggal seorang diri di kampung yang sering merungut kepada jirannya, Aishah tentang sikap anak-anaknya yang masing-masing sudah bersuami, jarang-jarang pulang menjengahnya di kampung.

Kadangkala Kalsom terpaksa berpura-pura sakit, barulah anak-anaknya pulang berkumpul melawatnya. Anak-anak Kalsom, Rizman dan Nadia, masing-masing telah berkeluarga dan tinggal di Kuala Lumpur. Mereka sentiasa berusaha untuk pulang menjengah Kalsom jika ada waktu terluang. Dalam waktu yang sama, sudah puas mereka memujuk Kalsom supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka dan ini akan memudahkan masing-masing menjengah Kalsom.


Bagaimanapun Kalsom memberi pelbagai alasan. Aishah yang sering dijadikan tempat anak-anak Kalsom mengadu, bersimpati dengan anak-anak Kalsom lalu mendesak Kalsom mengubah cara pemikirannya yang mengharapkan anak-anak perlu menjengah mereka selalu apabila mereka sudah tua.

Jika dulu mereka sibuk mencari rezeki untuk anak-anak, begitu juga dengan anak-anak mereka sekarang. Bagaimanapun Kalsom tetap berdegil denganprinsipnya – sebagai anak, mereka yang perlu menjengahnya. Satu hari, Kalsom benar-benar terjatuh dalam bilik air, menyebabkan pinggangnya patah. Kalsom menelefon Rizman supaya balik, bagaimanapun Rizman tidak percaya kerana menyangka Kalsom berpura-pura jatuh.

 Saksikan di TV1, 10 Mei 2013, jam 10.30 pagi

 Pelakon drama Alahai Omak ialah Fauziah Nawi,Ku Fridah ,Fezrul Khan, Effa Maembong dan Adam Shah Kredit: Budiey

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top