Ruben masuk The Biggest Loser

Mungkin anda masih ingat juara American Idol musim ke-2 berbadan besar bernama Ruben?

Ruben mungkin tidak segah juara yang lain dari segi penampilan dan bentuk badan, tetapi ia mungkin akan tinggal sejarah nanti.

Ini kerana rancangan realiti popular, 'The Biggest Loser' akan menampilkan Ruben sebagai salah seorang pesertanya.  Oleh itu The Big Loser akan ada seorang selebriti.



Ruben Studdart telah pun mengesahkan penglibatannya dalam rancangan yang telah memsuki musim ke-15 ini.

Dengan berat mencecah 642 paun, Ruben merupakan peserta terberat untuk musim ini. The Biggest Loser akan memulakan tayangan bermula 8 Oktober ini.

Selain itu, Ruben akan muncul dengan album keenam yang kini dalam proses rakaman selepas kali terakhir muncul dengan album 'Letters From Birmingham' pada tahun lalu.

Selamat maju jaya buat Ruben dalam program Big Loser! Selepas ini kita pasti melihat Ruben yang baru!
  

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top