Anugerah Planet Muzik 2013
Anugerah Planet Muzik (APM) diadakan bagi mengiktiraf bakat nyanyian terbaik menerusi penyanyi-penyanyi yang datang dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 18 Oktober ini.

Menariknya, tahun ini, para penonton dapat mengikuti Anugerah Planet Muzik 2013 secara langsung menerusi saluran Suria (Singapura), Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM (Singapura), Astro Ria (Malaysia dan Brunei), serta Net Media (Indonesia).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad, mereka selaku penyiar rasmi, akan terus membawakan persembahan terbaik secara langsung dan sekaligus memenuhi kepuasan penonton.

“APM merupakan anugerah yang dinantikan tahun demi tahun, dan kami sangat berbesar hati kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk membawakan persembahan muzik terbaik kepada penonton”

“Kami akan menyiarkan APM 2013 secara langsung ke kaca TV penonton dari Suntec, Singapura secara ekskusif di Astro Ria (saluran 104).” Ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Planet Muzik 2013 pada Rabu.

Sebanyak 18 anugerah akan disampaikan di APM 2013. Kategori-kategori itu adalah ‘Artis Baru Lelaki & Wanita Terbaik,’ ‘Artis Lelaki & Wanita Terbaik,’ ‘Duo/Kumpulan Terbaik’, dan juga kategori baru yang diperkenalkan iaitu, ‘Band Terbaik’.

Selain itu, dua kategori muncul kembali iaitu ‘Lagu Terbaik (Malaysia)’, ‘Lagu Terbaik (Indonesia)’ dan ‘Lagu Terbaik (Singapura), ketiga-tiga kategori ini akan bersaing untuk merebut ‘Anugerah Lagu Serantau Terbaik’.
Anugerah Planet Muzik 2013

Antara nama-nama besar yang terlibat adalah Hafiz, Shila Amzah, Shae, Altimet, Judika, Aweera, Tengku Adil dan ramai lagi.

Penerimaan pencalonan yang dikeluarkan kepada umum antara 1 Januari 2012 dan 31 Disember 2012 telah ditutup pada 20 Ogos 2013 dan calon-calon telah pun di umumkan di sidang media yang berlangsung pada Rabu.

Peminat juga diberi peluang untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka menerusi laman www.facebook.com/Anugerah.Planet. Undian bermula pada 3 September hingga 10 Oktober 2013 dan kategorinya adalah ‘Artis singapura Paling Popular’, ‘Lagu Singapura Paling Popular’, ‘Artis Serantau Paling Popular’, ‘Lagu Serantau Paling Popular’, ‘Ikon Media Sosial’ dan ‘Nova Media Sosial’.

Jadi jangan lupa menyaksikan Anugerah Planet Muzik 2013 secara langsung pada Jumaat, 18 Oktober 2013 jam 8.30 malam.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang  xinmsn.com/APM


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top