Datuk Siti Nurhaliza mengangkat kembali keistimewaan seni budaya Malaysia  kepada orang luar melalui Konsert Lentera Timur yang akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 20 hingga 22 September ini.

Konsert bersama Orkestra Tradisional Malaysia itu menambah satu lagi portfolio seni Siti yang kini sudah mencorak perjalanan gemilang selama 18 tahun. Dalam konsertnya nanti, Siti akan  menyampaikan lagu-lagu asli, joget, zapin, keroncong, masri dan lain-lain. Selain petikan lagu-lagu tradsional yang pernah dirakam, Siti juga memilih lagu-lagu tradisional lain.

Persembahan konsert yang dinamakan Konsert Lentera Timur yang membawa maksud cahaya timur yang digarapkan dalam 1suara, 1impian dan 1malaysia dengan penampilan tidak kurang dari 40 orang pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta kepelbagaian instrumen muzik antaranya rebab, serunai, gambus, sape, perkusi, gaohu, zhonghu, sauna, dizi, erhu dan sitar. Lagu-lagu yang disampaikan adalah mencakupi elemen muzik 1malaysia dimana lagu-lagu ini juga akan digubah dalam bentuk lebih harmoni.



Mohd Yazid Zakaria dari OTM dan Aubrey Suwito akan berganding sebagai pengarah muzik untuk memberikan sentuhan terbaik dalam gubahan dan susunan lagu. Lokman Ghani pula bertindak selaku pengarah.

Ada segmen Mak Yong, Dikir Barat dan lain-lain sebagai kelainan dalam konsert Siti dan konsert tradisional yang pernah dilakukan oleh penyanyi lain.

Untuk tempahan tiket boleh hubungi hotline 03-8773 4666 (9.00 pagi hingga 6.00 petang). Tiket-tiket dijual dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM278, RM338 dan tempat duduk emas dijual dengan harga RM518.

http://www.airasiaredtix.com/Events/ConcertLenteraTimur/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top