Diva De Vida merupakan program bual bicara 13 episod selama 30 minit yang berkongsi tips kesihatan dan kecantikan untuk golongan wanita dan lelaki. Diva De Vida bersiaran pada setiap Isnin di Astro Prima bermula esok (Isnin), jam 9.30 malam.

Pengacara Diva De Vida ialah Roslan Shah

Program Diva De Vida akan mengetengahkan segmen seperti Bicara Molek, Rawat Cantik dan Chewah Pamoga.


Program Diva De Vida bukan hanya berkongsi tips kesihatan dan kecantikan lelaki dan wanita, malah elemen hiburan yang membabitkan ramai selebriti turut diselitkan.

Program terbitan AFS Pictures Sdn Bhd itu mengetengahkan ramai selebriti popular seperti Tasha Shilla, Anzalna, Rozita Che Wan, Daphne Iking, Johan Raja Lawak, Siti Nordiana, Rosnah Mat Aris, Didie Alias, Amyza Aznan, Zoey Rahman, Zila Bakarin, Ifa Raziah, Sharifah Sakinah, Shahrol Shiro, Azza Elite, Ani Mayuni, Fazli Zainal, Farawahida dan ramai lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top