Sinopsis NEW YORK Cinta

NY Cinta mengisahkan Mia yang melanjutkan pengajiannya di dalam bidang muzik di Boston, Amerika Syarikat dalam perjalanan bersama temannya untuk menghabiskan percutian mereka di New York.

Pun begitu, ketika dalam perjalanan Mia terbabit kemalangan yang mempertemukan dia dengan Seth. Sejak itu, mereka berkenalan dan lebih merapatkan hubungan itu apabila Seth mencuri iPod milik Mia.

Seorang gadis timur yang lemah lembut, Mia tidak membenci Seth sebaliknya, dia lebih mendekati lelaki itu untuk mengenali secara serius. Lama-kelamaan, timbul perasaan suka di antara mereka.

Namun, kehadiran teman Mia di dalam hubungan mereka membuatkan hubungan mereka bergolak. Mia kembali ke Malaysia tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada Seth.


Apakah yang berlaku sebenarnya dan adakah hubungan cinta Mia dan Seth akan bersatu kembali? NY Cinta adalah super telefilem kisah cinta ringan yang memuatkan adegan romantik dan komedi mencuit hati.

NY Cinta boleh ditonton di Astro First Eksklusif mulai 12 September lalu diterbitkan Regal Way Marketing Sdn Bhd dengan tempoh tayangan selama 90 minit.

NY Cinta lakonan hebat Liyana Jasmay, Bront Palarae dan Juliana Evans.

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top