Sinopsis filem Genggam

Filem Genggam mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Amir yang kehilangan adik perempuannya 10 tahun yang lepas kerana diculik oleh sekumpulan penjenayah.

Pertemuan semula dia dengan seorang lelaki bernama Fendi mengingatkan dia kembali insiden penculikkan tersebut kerana wajah Fendi mirip wajah lelaki yang menculik adiknya dahulu. Amir cuba menyiasat latar belakang Fendi dan dia berjaya mendapat maklumat Fendi adalah lelaki sama yang menculik adiknya.

Bermula dari itu Amir berusaha untuk memberkas Fendi namun usahanya telah digagalkan oleh Fendi. Sebaliknya Amir diperangkap dan dituduh sebagai pembunuh di dalam satu insiden pembunuhan yang dilakukan oleh Fendi.

Kini Amir bukan sahaja menjadi buruan Fendi malah dia turut dikehendaki oleh pihak Polis berhubungan dengan kes pembunuhan tersebut.

Filem Genggam arahan Khairi Azmi


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top