Sinopsis sinetron Love In Paris (TV3)

Sinetron Love In Paris mengisahkan Yasmin (Michelle) yang tersepit antara cintanya pada Reno (Dimas) dan rasa kasihan pada Rafa (Rio Dewanto) ketika bertemu di Paris.

Rafa terbabit dalam kemalangan sementara Reno diserang sakit jantung. Mereka dirawat di hospital yang sama. Yasmin dapat tahu Rafa ingin mendermakan jantungnya kepada Reno hingga membuatkan Yasmin dalam dilema. Dia harus menyelamatkan Reno, orang yang dicintai dan waktu sama, tidak mahu mengorbankan sahabatnya sendiri.

Dalam kebingungan, Yasmin terpaksa pulang ke Indonesia kerana visanya tamat. Dia pulang membawa hati yang hancur tanpa mengetahui nasib menimpa Rafa dan Reno. Apabila pulang ke Jakarta, Yasmin gagal menghubungi Rafa dan Reno hingga suatu hari, Yasmin bertemu Reno di Jakarta.

Sinetron Love In Paris musim pertama boleh ditonton di TV3 setiap Isnin hingga khamis, jam dua petang.

Trailer Love In Paris

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top