Iman telah tersingkir pada konsert AF2013 minggu ke-3. Ramai yang tidak menyangka Iman menjadi mangsa undian kerana Nabila lebih dilihat sebagai peserta dengan kedudukan yang rapuh dan bakal terkeluar.

Apatah lagi komen dari juri-juri profesional tidak memihak kepada Nabila. Malah Roslan Aziz terang-terangan menyuruh penonton dan pengundi membuka mata kepada peserta yang lebih berbakat, bukan hanya memandang kepada rupa, populariti atau undi kasihan semata-mata.

Persembahan duo Azhael yang bertenaga dan mantap mendendangkan lagu Khayalan mendapat pujian juri-juri dan mereka dinasihatkan agar tidak besar kepala atau bongkak setelah mendapat pujian dan sokongan peminat.

Okay...buat Iman yang tersingkir...good luck! Mungkin di luar sana anda nasib anda lebih baik! Jangan putus semangat untuk terus menyanyi dan mengembangkan bakat anda!


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top