Sinopsis Vikingdom The Blood Eclipse

Vikingdom The Blood Eclipse mengisahkan Eirick dari Jomsberg lakonan Dominic Purcell yang mahu menentang Thor. Kehadiran kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, adalah bagi menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka.

Kuasa jahat Thor hanya boleh dihapuskan oleh seorang wira yang memiliki kuasa kebal iaitu Eirick, raja yang dihidupkan semula selepas mati dalam peperangan.


Berita mengenai serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghalang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls.

Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina yang berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan menentang angkatan tentera pimpinan Thor.


Vikingdom The Blood Eclipse

Arahan: Yusry Abdul Halim
Genre: Fantasi aksi
Terbitan: KRU Studios
Pelakon: Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top