Festival Filem Jepun (JFF) 2013 kembali lagi tahun ini dengan menghidangkan sembilan filem dari negeri matahari terbit itu untuk penggemarnya di sini.

Memasuki tahun ke-10 penganjuran, JFF 2013 mengetengahkan filem-filem terbaik pelbagai genre iaitu drama, romantik, komedi dan kekeluargaan, selain dua filem animasi.

Tujuh filem cereka yang menjadi pertaruhan JFF ta-hun ini ialah Ken & Mary, Ogawa no Hotori (At River's Edge), The Chef of South Polar, The Kirishima Thing, Until the Break of Dawn, Dearest, Oblivion Island: Haruka and the Magic Mirror, The Great Passage dan Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea.

Kemeriahan festival filem ini akan bermula pada 12 hingga 17 September ini di pawagam GSC Mid Valley, GSC 1 Utama dan GSC Pavilion untuk kawasan Lembah Klang. Ia kemudian diteruskan di GSC Plaza Gurney, Pulau Pinang pada 19 hingga 22 September, GSC CityOne Megamall, Kuching, Sarawak (26 hingga 29 September) dan GSC Suria Kota Kinabalu, Sabah (3 hingga 6 Oktober).


Pada edisi ini, antara filem menarik yang disediakan adalah The Kirishima Thing arahan Yoshida Daihachi yang memenangi anugerah Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik di 36th Japan Academy Prize.

Filem lakonan Kamiki Ryunosuke, Hashimoto Ai dan Ohgo Suzuka ini berkisar mengenai pelajar sekolah Kirishima yang tidak disenangi rakan lain selepas membuat keputusan berundur dari aktiviti kurikulum sekolahnya.

Selain itu, filem animasi Oblivion Island: Haruka and the Magic Mirror juga turut mencuri tumpuan peminat animasi Jepun selepas memenangi anugerah Animasi Terbaik di Japan Academy Prize 2009.

Filem animasi arahan Satp Shinsuke itu mengisahkan perjalanan hidup gadis bernama Haruka yang kematian ibunya ketika masih kecil. Berbekalkan cermin pusaka, Haruka berusaha menjalani kehidupan secara berdikari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top