Penyanyi Black  telah menjadi suami yang sah kepada Chira (Naquia Yasirah Mohd. Khairi) dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan hari ini.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohd Khairi Abu Hassan, 55, kira-kira pukul 12.06 tengah hari.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM12,000.


Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah minyak wangi, cincin, telekung, set kosmetik, iPad mini dan sepersalinan baju.

Majlis diadakan dengan sederhana dan meriah dengan dihadiri seramai kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat , media dan sahabat handai.

Black dan Chira telah mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dan majlis diadakan secara rahsia.

Chira merupakan anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada Datin Paduka Umi Aida.

Majlis resepsi pasangsn ini akan berlangsung keesokan harinya iaitu 14 September bertemakan ala Taman Inggeris di lokasi yang sama.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top