Filem KL Gangster 2 yg dicetak rompak pra tayangan menyebabkan pengarahnya, Syamsul Yusof berputus asa sehingga membuatkan dia ingin berhenti daripada bidang pengarahan.

Bapanya , Datuk Yusof Haslam berkata, perkara itu benar-benar membimbangkannya kerana beliau risau jika Syamsul nekad membuat keputusan itu.

"Emosi Syamsul masih terganggu sehinggakan dia cakap tak nak buat filem lagi. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dah berlaku.

"Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya dan takut jika dia benar-benar bermaksud begitu," katanya.

Minggu lalu, Yusof dan Syamsul melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan sehingga ia boleh dimuat naik oleh peminat.


Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.

Syamsul tidak boleh berhenti mengarah kerana dia satu-satunya pengarah muda yang berjaya di mana dia perlu memajukan kembali perfileman tempatan yang semakin 'nazak'.

"Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahawa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Tak semua anak ahli perniagaan yang mahu ikut jejak langkah ayahnya.

“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap filem ini ia dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tidak putus asa," ujar Yusof. ~mstar


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top