Sinopsis Cinta Kamikaze

Cinta Kamikaze berkisar percintaan membabitkan seorang pengacara TV Wanita Popular bernama Suci.

Dijadikan cerita, suatu hari Suci menemubual seorang chef di sebuah hotel terkemuka bernama Khalish dalam program kendaliannya iaitu Tamu Suci.

Bagaimanapun, Khalish tidak dapat menghadirkan diri untuk program berkenaan tanpa memaklumkan lebih awal. Akibatnya, Suci berasa malu di depan penonton yang menyaksikan program itu hingga mendapat kritikan media massa.

Bermula dari situ, Suci mula menyimpan dendam terhadap Khalish yang memalukannya. Namun, siapa sangka di sebalik kebencian itu ia menjerat rasa cinta antara mereka tetapi dalam suasana cukup haru biru. Judul cerita ini diberikan simbolik kepada komik Kamikaze yang diilhamkan Suci sekali gus menyatukan kembali mereka sebagai pasangan bahagia.

Saksikan kisah mereka pada 30 September jam 8.30 mlm dalam slot Skrin Di 9


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top