Dengan sekali lafaz, pelakon Nor Fouziah Mohd Gous atau Fouziah Gous, 30, sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof. Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Ustaz Mohd Sujak Haji Mohd Dasuki, tepat jam 9.42 malam tadi di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Ia diwakil walikan oleh abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous, kira-kira pukul 9.40 malam.

Fouziah, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top