Mejar Dr. Faiz edang mengenali seorang gadis

Angkasawan kedua Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed, 33, memberitahu dia kini sedang mengenali seorang gadis.

Enggan mendedahkan siapa gadis yang maksudkan itu, menurut Faiz buat masa ini dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berbicara soal cintanya ini.

Mengakui sudah berkenalan hampir setahun, Faiz dengan jujur memberitahu dia masih belum mempunyai perancangan ke arah perkahwinan buat masa ini.

"Ya, memang saya sedang mengenali seseorang. Tetapi bagi menghormatinya saya rasa adalah tidak elok untuk saya mendedahkan siapa dia.


"Buat masa ini kami belum merancang apa-apa, bagaimanapun saya janji tidak akan merahsiakan apa-apa jika ada perkara baik yang akan berlaku," katanya.

Mengenali gadis tersebut melalui rakannya, menurut Faiz antara keistimewaan yang dimiliki teman wanitanya itu adalah sikap memahami.

"Saya tidak mahu berkahwin sebab desakan orang lain, biar kami laluinya secara perlahan-lahan.

"Dia bukan dari bidang ini, tetapi sangat memahami kerjaya saya, sebab itu saya selesa dengan dirinya," katanya.

Faiz dikatakan pernah bercinta dengan pengacara TV3, Nurul Syuhada sebelum hubungan mereka terputus di tengah jalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top