Sinopsis telefilem Nasi Ayam Duda

Nasi Ayam Duda mengisahkan kehidupan seharian seorang duda bernama Sani (Eman Manan).

Dia mengusahakan restoran nasi ayam yang popular di ibu kota. Restorannya yang maju membuatkan Sani tak menang tangan melayan pelanggan setiap hari. Nasi ayamnya sangat laku sehingga pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata nak makan nasi ayam Sani yang menggunakan resipi arwah isterinya.

Walaupun Sani sibuk dengan restorannya dia juga aktif dalam persatuan penduduk di tempat tinggalnya dan dilantik menjadi setiausaha. Sifatnya yang ceria, baik hati dan suka bergurau menyebabkan dia disenangi jiran terutama Selva (Shashi) dan Reggie Tan (Collan Khoo).

Namun, dalam keceriaan dan keaktifan Sani, dia sebenarnya kesunyian dan selalu merindui arwah isterinya. Untuk mengubati kesunyian, Sani sengaja menyibukkan diri di restorannya kerana perniagaan itu diusahakan bersama arwah isterinya. Dia cemburu melihat sikap romantik Reggie Tan dan isterinya, Petrina (Angelina Tan) sehingga Sani berangan-angan berada di tepi tasik menunggu pasangannya.


Tetapi angan-angannya punah ranah apabila yang muncul ialah Timah (Adibah Noor) iaitu janda yang membekalkan ayam mentah ke restorannya. Timah siap datang membawa pisau pemotong daging.

Sani dan Timah tidak `sebulu'. Perwatakan Timah yang kasar macam lelaki dengan wajahnya yang masam mencuka membuatkan Sani sakit hati. Namun, mereka meneruskan urus niaga bersama kerana harga ayam Timah lebih murah daripada pembekal lain, jadi terpaksalah Sani melayan kerenah Timah. Setiap kali bertemu pasti akan tercetusnya pertengkaran walaupun disebabkan hal kecil.

Sementara itu anak Sani dan Timah iaitu Jimi (Azrel Ismail) dan Elly (Ayu Ruhaizah) belajar di kolej sama dan mereka pening memikirkan gelagat orang tua mereka. Kemuncak perseteruan mereka apabila suatu hari Timah lambat hantar ayam ke restoran kerana van Timah rosak.

Untuk mengetahui apakah yang berlaku pada Sani dan Timah jangan lupa menonton siarannya nanti.

Profil Produksi

SYARIKAT TERBITAN: Cinematic Sdn Bhd

PRODUSER : Chandrawati Abdullah

PENGARAH: Othman Hafsham

PELAKON: Eman Manan (Sani), Adibah Noor (Timah), Azrel Ismail (Jimi), Ayu Ruhaizah (Elly), Collan Koo (Reggie Tan), Angelina Tan (Petrina), Shashi (Selva) dan Salina Saibi (Ritadewi)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top