Sinopsis Dampak filem lakonan Aaron Aziz

Dampak mengisahkan kehidupan dan pengembaraan, lima beradik memulakan misi untuk membalas dendam terhadap musuh kepada bapa angkat mereka, seorang bekas ahli kongsi gelap yang masa silamnya cukup misteri.

Semuanya bermula apabila Afran (Michael) hilang mendesak Idrus (Aaron) bersama adik-beradik lain termasuklah juga Giran (Farid) mencarinya di samping turut merungkai rahsia sejarah bapa angkat mereka Tok Long (Wan Hanafi).

Sebenarnya, itu semua hanya alasan mereka kerana sebaik menjumpai Afran, mereka meneruskan misi untuk mencari siapa punca kepada kecacatan serta parut di wajah Tok Long.

Bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa sebenarnya misi itu bakal membahayakan diri sendiri malah turut berhadapan dengan bahana sehingga memecah-belahkan hubungan mereka kelak.

Pengarah Dampak: Lai Yuk Long
Terbitan Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd

Pelakon Dampak: Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans, Scha Alyahya, Wan Hanafi Su, Nik Kassim, Michael Chin.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top