Sertai Uji Bakat Pencarian Bakat Berkumpulan - The Band

The Band ialah sebuah program TV pencarian bakat penyanyi – penyanyi baru yang akan digabungkan untuk menubuh sebuah kumpulan pop lelaki sebuah kumpulan pop wanita yang bertaraf antarabangsa.

Ini merupakan sebuah program realiti yang buat julung kalinya di Malaysia yang berobjektif untuk mencari kumpulan pop lelaki dan kumpulan pop wanita Malaysia, yang boleh diketengahkan untuk pasaran peringkat antarabangsa.

Bakat-bakat baru ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair/antarabangsa dan sesuai dengan konsep program ini, penekanan akan diberi kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop bertaraf antarabangsa seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan imej busana dan juga aura penghibur.

Anda berbakat dalam nyanyian dan tarian? Jom sertai Pencarian bakat berkumpulan The Band.

Sertai uji bakat di lokasi-lokasi berikut. 

Lokasi Ujibakat

14&15 Sept
Danga City Mall, Johor

21&22 Sept
Centre Point, Sabah

28&29 Sept
Gurney Paragon Mall, Penang

5&6 Oct
Fahrenheit 88, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut sila layari www.theband.com.my

 

Syarat-syarat Penyertaan

Terbuka kepada warganegara Malaysia, Singapura & Brunei
Berumur dari 18 – 30 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
Terbuka kepada lelaki & wanita
Bebas untuk menyertai ujibakat ini secara solo ataupun secara berkumpulan
Anda dikehendaki menyanyikan sebuah lagu pilihan sendiri dari genre pop yang boleh menonjolkan bakat nyanyian dan tarian anda dalam masa yang sama
Sila bawa salinan Kad Pengenalan, 2 keping gambar terbaru berukuran 4R dan CD Minus One/Karaoke

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top