Nampaknya hubungan antara Zain Saidin dan Rozita Che Wan sudah ke fasa yang seterusnya iaitu merisik.

Majlis merisik pasangan selebriti ini telah diadakan secara tertutup di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, Ahad. Majlis ini hanya dihadiri kira-kira 50 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat pada pukul 3 petang.

Menurut pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq,majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. Majlis bertema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb.


"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” katanya.

Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media. Sebelum ini terdapat gossip yang mengatakan mereka telah bertunang tetapi dinafikan Zain.

Apa-apapun tahniah Zain Saidin kerana berjaya merisik Rozita Che Wan dan diharapkan impian mendirikan rumahtangga menjadi kenyataan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top