Anak sulung Che Ta, Ammar Effendy (Ammar), gembira ibunya bakal mengakhiri zaman janda, Ammar berharap agar perkahwinan kali kedua ini dilimpahi kebahagiaan dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya harap perkahwinan kali kedua mummy ini bukan cinta lokasi dan mahu ia berkekalan sampai bila-bila.

"Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati," katanya.

Menurut Ammar lagi, adiknya Anniq turut gembira apabila ibu mereka memberitahu akan mengahwini Zain yang mesra dipanggil ‘Uncle Zain’ itu.

“Uncle Zain seorang yang ‘supportive’…dan dia tidak pernah memungkiri janji serta sangat menepati masa. Kalau dia kata nak keluar dengan mummy jam 9 malam, dia akan tiba tepat pada masa dan tak pernah buat mummy tunggu.

“Kami juga selalu ikut jika uncle Zain dan mummy keluar bersama…Menonton wayang, bermain futsal, membeli belah bersama adalah yang paling menyeronokkan,” katanya.

Apabila ditanya mengenai kontroversi yang sering melanda ibunya, Ammar memberitahu kepada wakil media bahawa dia tidak pernah ambil pusing dengan perkara tersebut.

“Sstiap kali gossip pasal mummy dan uncle Zain keluar, Ammar tak pernah tahu sebab Ammar di asrama. Kalau tahu pun daripada guru atau kawan-kawan yang bertanyakan tentang hal tersebut.

“Ammar akan ‘call’ mummy dan mummy akan jelaskan kepada saya perkara sebenar…Saya juga tidak pernah berasa tertekan dengan gossip kerana semua itu buang masa…Cikgu dan rakan-rakan di sekolah juga sangat memahami dan tidak pernah ‘busy body’,” katanya mengakhiri perbualan.


Ammar yang bersekolah di Sekolah Yayasan Saad Melaka baru selesai menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) berharap agar memperolehi 9A+, turut mendoakan kejayaan cemerlang untuk adiknya, Anniq yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan dinikahkan pada malam ini (Rabu) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam selepas solat Maghrib.

Kepada anda semua jangan lupa untuk menyaksikan kemeriahan majlis akad nikah dan resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin menerusi saluran 104 dalam program Walimatulurus Rozita Che Wan & Zain Saidin yang sudah pun bermula pada 7 Disember lepas, yang memaparkan Majlis Merisik.

Diikuti episod kedua, iaitu Majlis Akad Nikah pada 13 Disember 2013, jam 9 malam, serta episod akhir iaitu rakaman Majlis Resepsi mereka pada 21 Disember 2013, jam 10 malam. ~ Astro Gempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top