Soo Wincci Antara Pemilik Wajah Tercantik Dunia
Pelakon dan penyanyi, Soo Wincci menutup tahun 2013 dengan cemerlang selepas tersenarai antara wajah tercantik dunia untuk tahun ini dalam senarai yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Soo Wincci

Soo Wincci berada di tangga ke-91 sebaris dengan beberapa selebriti lain yang dicalonkan buat kali pertama seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom).

Malah kedudukannya juga dilihat lebih tinggi daripada beberapa nama besar lain seperti Rosie Huntington-Whiteley dan Amanda Seyfried.

Dalam pada itu, Wincci yang kini berada di Taiwan melahirkan rasa gembiranya dengan berita ini dan menganggap ia sebagai satu penggalak untuk mencapai impiannya ke Hollywood. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top