One Direction dinobat Bintang MTV 2013

Kumpulan pop dari United Kingdom, One Direction, muncul sebagai Bintang MTV 2013, Ahad lalu, apabila menerima undian terbanyak dalam kempen media sosial antarabangsa tahunan #MTVstars.

One Direction mendapat 40.8 juta undi dari seluruh dunia, mengetepikan penyanyi remaja sensasi dari Kanada, Justin Bieber, yang memperoleh 40.5 juta undi.


Melengkapkan senarai Top 10 Bintang MTV tahun ini ialah Ke$ha, 30 Seconds to Mars, The Wanted, Nicki Minaj, Beyonce, Chris Brown, Rihanna dan Little Mix.

Hasil kerja keras

Anggota kumpulan itu, Liam, berkata mereka tidak percaya One Direction mampu mendapat lebih 40 juta undi.

Semuanya hasil kerja keras kumpulan berkenaan sejak sekian lama.

Sepanjang kempen terbabit, lebih 117 juta undi diterima dari seluruh dunia.

Menurut pegawai MTV, #MTVstars menjadi topik bualan (trending) di 127 lokasi di seluruh dunia dan mencatat rekod 50,000 tweet seminit.

Selain kempen media sosial #MTVStars, MTV juga akan mempersembahkan MTV's Biggest Music Moments of 2013 pada bulan ini, acara yang akan mengimbau kembali peristiwa menarik dalam dunia muzik, yang menjadi bualan peminat dan media.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top