Persembahan Geng Lawak di PICC 

beberapa barisan pelawak seperti kumpulan Jambu, kumpulan SYJ, kumpulan Osama dan Kuah Jenhan akan mengadakan persembahan Geng Lawak yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 Disember ini.

Kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Shuk, Yassin dan Jihan merancang untuk fokus pada tema ‘tahun baru’ pada malam tersebut. Walaupun masih sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega, SYJ menjanjikan persembahan yang terbaik buat penyokong mereka.

“Setiap pelawak diberi masa 30 minit untuk membuat persembahan. Kami merancang untuk fokus pada tema ‘tahun baru’ tapi masih belum terfikir jalan ceritanya lagi,” ujar Jihan.


Kumpulan Jambu pula pada awalnya merancang untuk mengadakan persembahan komedi muzikal. Namun, terpaksa menukar rancangan mereka memandangkan kumpulan Osama sudah terlebih dahulu memilih konsep itu.

“Kami masih belum ada idea tentang persembahan. Pada awalnya kami nak buat muzikal, tetapi terpaksa fikirkan idea lain kerana kumpulan Osama sudah lebih awal mahukan konsep muzikal,” ujar Taukeh mewakiki Jambu.

Menurut Ketua Eksekutif PICC, Badlishah Ahmad, pihaknya memilih konsep komedi sebagai acara sambutan tahun baru kerana ia adalah pembuka tirai untuk PICC itu menganjurkan acara-acara yang lebih santai sepanjang 2014.

“PICC biasanya dikenali dengan acara-acara lebih serius seperti mesyuarat, konvensyen dan sebagainya. Namun, pada tahun 2014 PICC merancang untuk mengadakan acara berbentuk santai seperti konsert hiburan dan sebagainya. Geng Lawak merupakan pembuka tirai untuk acara seperti itu,” ujar Badlishah.

Selain acara Geng Lawak, sambutan tahun baru dimulakan lebih awal di PICC dengan pelbagai acara menarik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan pusat konvensyen itu. Seawal jam 10 pagi pada 31 Disember itu akan berlangsung Bazar@PICC dan akan berlanjutan sehingga 1 Januari 2014. Selain itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan percuma daripada kumpulan Buskers & Clown.

Pada sebelah malam pula, Geng Lawak akan memulakan persembahan sekitar jam 9 malam dan berakhir dengan acara ‘countdown’ tahun baru sekitar jam 11 malam.

Tiket bagi acara Geng Lawak berharga dari RM85nsehingga RM205 dan boleh didapati di www.picc.com.my atau hubungi 0388876000 untuk maklumat lanjut.

~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top