Kumpulan The Beatles akan menerima pengiktirafan Pencapaian Seumur Hidup pada Anugerah Grammy yang bakal berlangsung di Staples Center, Los Angeles, 25 Januari depan, sehari sebelum malam kemuncak.

Majlis pengiktirafan buat karyawan muzik yang sudah memasuki edisi ke-56 itu turut memberi penghormatan buat Kraftwerk, The Isley Brothers, Kris Kristofferson, artis Mexico; Armando Manzanero, serta tidak ketinggalan mendiang Clifton Chenier dan pemain biola, Maud Powell.

Presiden dan Ketua Eksekutif Akademi Rakaman, Neil Portnow, berkata keunikan dan bakat dimiliki kumpulan berpengaruh itu memberi impak terhadap sejarah industri muzik.

The Beatles

Bakal terbit 59 rakaman jarang didengar

"Mereka menjadi legasi dan legenda yang sentiasa diperkatakan ramai berikutan hasil kreativiti yang sentiasa mekar serta diingati hingga kini, selain memberi inspirasi kepada generasi akan datang," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Apple Records, label yang diasaskan oleh empat anggota kumpulan The Beatles, difahamkan bakal menerbitkan 59 rakaman yang jarang didengar bagi memastikan hak ciptanya tidak luput serta menghalang syarikat lain daripada mengutip laba atas hasil kerja mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top