Paul Walker maut dalam kemalangan

Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.

Paul Walker car accident


Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook.

Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles.


Memetik kata-kata sumber, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top