Izzue Islam carian tertinggi di Google

Pelakon Izzue Islam boleh berbangga kerana baru-baru ini Google telah memaklumkan di Malaysia, nama Izzue Islam sering di cari dan secara puratanya menjadi pencarian nama yang tertinggi di google sepanjang tahun 2013 selain daripada KL Gangster 2.

 "Alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ejen carian Google yang mengangkat nama saya sebagai salah satu nama yang kerap dicari," - Izzue Islam .

Izzue Islam

Izzue atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, mengungguli senarai Top 10 bagi kategori Trending Malaysian Celebrities dalam carian Google tahun ini.

Izzue berkata, pengiktirafan itu adalah satu penghargaan atas kerja keras dan usahanya menempatkan diri sebagai anak seni tempatan yang disenangi ramai.

"Saya rasa sangat bersyukur. Karier seni yang dibina hampir lima tahun lalu mula membuka mata banyak pihak. Ia juga membuka ruang dalam membina kerjaya dan rezeki untuk saya.

"Apapun saya amat menghargainya dan sekali terima kasih kepada semua kerana sering mencari maklumat mengenai saya," katanya ketika dihubungi menerusi WhatsApp dari Macau, China semalam.

Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen mengungguli senarai 10 selebriti tempatan paling kerap dicari di laman carian Google untuk tahun ini.

Bagaimanapun Izzue berkata, gelaran selebriti paling dicari itu bukan ukuran populariti ke atas dirinya.

"Pada pandangan saya populariti adalah sesuatu yang subjektif untuk dinilai, tapi apapun populariti memang membantu seseorang artis untuk terus bertapak dalam industri.

"Populariti juga harus seiring dengan kerjaya. Macam mana kita bawa populariti paling penting," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top