Sinopsis Ammara Batrisyia

Ammara Batrisyia mengisahkan kehidupan sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisyia. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka.

Dia kehilangan kedua ibu bapanya ketika kecil dan dibesarkan oleh ibu saudaranya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya juga dilihat terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Sinopsis Ammara Batrisyia

Batrisyia mempunyai personaliti menarik, selain menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita malang.

Disebabkan terlalu obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya dengan pelakon itu dalam apa cara sekalipun.

Satu insiden akhirnya menemukan mereka, lantas menjalin persahabatan. Tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti dirinya.

Pelakon Ammara Batrisyia: Datin Paduka Umie Aida, Erra Fazira, Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Hariz dan Tunku Hanis

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top