Sinopsis Homefront lakonan Jason Statham

Homefront mengisahkan perjalanan seorang bekas pegawai pentadbiran penguat kuasa dadah (DEA), Phil Broker lakonan Jason yang terpaksa membawa anaknya membesar di sebuah perkampungan kecil selepas berjaya menumpaskan sindiket geng motosikal diketuai Danny T.

Selain enggan lagi menjadi penyiasat yang menyamar, Jason mengambil keputusan untuk memulakan hidup barunya bersama anak tunggalnya, Maddy kerana mahu memberi fokus kepada Maddy selepas kematian isteri tercinta.

Bagaimanapun, Jason tidak mampu lari daripada realiti apabila Maddy terbabit dalam pergaduhan bersama seorang kanak-kanak di sekolah hingga menyebabkan keluarga budak lelaki itu berdendam dengannya.

Tanpa disangka, bapa saudara kepada budak lelaki itu adalah seorang pengedar dadah terbesar yang masih belum diberkas polis, Gator lakonan aktor kacak, James Franco.

Gator menyusun strategi untuk membalas dendam terhadap Phil dan anaknya hingga memecah masuk ke rumah mereka dan berjaya menyelongkar rekod kerja Phil yang menjadi dalang menumpaskan Danny T.

Gator bertemu Danny T di dalam penjara dan merancang untuk menculik Maddy sebelum mencari jalan bagi membunuh Phil. Namun bekas pegawai hebat ini lebih cekap dan lebih awal menemui bangsal tempat Gator memproses dadah.

Konflik dan masalah antara Gator dan Phil berlarutan hingga menyebabkan insiden pertumpahan darah. Maddy diletak di tengah krisis hingga nyawanya dipertaruhkan namun itulah pengorbanan seorang bapa yang berusaha bagi menyelamatkan anaknya.

Pengarah Homefront: Gary Fleder
Pelakon Homefront :Jason Statham, James Franco, Winona Ryder dan Kate Bosworth

Trailer Homefront 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top