Diyana Halik, isteri Aaron Aziz kini bertudung (berhijab)

Isteri kepada pelakon Aaron Aziz, Diyana Halik, kini sudah berhijab selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong baru-baru ini.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, meluahkan rasa syukur apabila isterinya mengambil keputusan untuk berhijab.



"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Diyana, 30, berkata, dia mula mengenakan selendang di kepala ketika berada di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk berhijab.

"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, Cuma hati masih belum benar-benar bersedia." ~ Tupai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top