Sinopsis Mat Three Four

Mat Three Four mengisahkan seorang anak muda bernama Mat yang menetap di sebuah kampung dan hidup sebatang kara selepas kematian neneknya.

Setiap malam, Mat mendengar lagu lama daripada kaset menggunakan radio buruk miliknya dan dia juga buta huruf namun disenangi penduduk kampung.

Mat suka menyanyi dan mendapat gelaran `Mat Three Four' kerana setiap kali penduduk menyebut `Three Four", dia akan terus menyanyi walau di mana saja.

Walaupun disenangi penduduk, Mat dibenci Penghulu Ghani yang mempunyai anak gadis cantik iaitu Suriati yang baru tamat pelajarannya dari maktab perguruan dan pulang ke kampung untuk mengajar.

Sejak Mat membantu memperbaiki motosikal Suriati yang rosak, hubungan mereka semakin rapat dan wanita itu turut mengajar Mat untuk membaca.

Satu hari, anak Pak Tam datang ke kampung berkenaan dan jatuh cinta terhadap Suriati. Dia menyampaikan hajatnya kepada Penghulu Ghani untuk meminang anaknya itu.

Dua minggu berlalu dan deruan kereta rombongan untuk meminang Suriati berdesup lalu di hadapan rumah Mat membuatkan hati Mat tambah kecewa dan terguris.

Siapakah pilihan Suriati? Jangan lupa menonton Mat Three Four untuk mengetahui nasib Mat di TV3. Drama ini juga boleh disaksikan di laman Tonton di www.tonton.com.my.

Mat Three Four disiarkan pada setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 7 Disember 2013.

Drama bersiri 13 episod hasil nukilan Fasyali Fadzly.

Pelakon Mat Three Four: Ammar Titan yang juga anak didik Sabri Yunus dalam program Bintang Mencari Bintang, Puteri Sarah, Sabri Yunus, Nam Ron dan Khatijah Tan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top