Kehilangan Azean sangat dirasai - Ahmad Idham

Pengarah Ahmad Idham menyifatkan pemergian Seniwati Azean Irdawaty sebagai kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.

Menurutnya, Allahyarhamah seorang yang mempunyai komitmen tinggi dalam dunia hiburan.

"Saya pernah bekerjasama dengannya dalam filem Anakku Sazali, dia memegang watak sebagai ibu saya.

"Pengalaman manis berkerja dengannya banyak memberi semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai anak wayang.

"Saya masih ingat kata trademark arwah iaitu 'lihatlah dunia' yang masih segar dalam ingatan," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, mungkin artis baru tak ramai yang punya pengalaman berlakon bersama Allahyarhamah, tetapi bagi mereka yang ada peluang, ia pasti pengalaman yang cukup berharga.

Seniwati Azean Irdawaty,62, menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 8.30 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarhamah sebelum ini menghidap penyakit kanser dan beberapa penyakit lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top