Anugerah Meletop Era , 8 Februari 2014

Anugerah Meletop Era merupakan sebuah acara pengiktirafan karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.

Anugerah ini merupakan kolaborasi antara program Meletop dan radio ERA FM bagi mengangkat bakat dan kreativiti para selebriti yang banyak menyumbang dalam industri seni hiburan tempatan

Menerusi platform ini, orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dengan menghantar undian bagi memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Barisan pengacara yang akan mengendalikan acara berkenaan iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Anugerah Meletop Era

Sebanyak 16 kategori diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Kumpulan Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.

Turut diperkenalkan Program TV Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Fesyen Meletop selain Artis Serantau Meletop.

Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir.

Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014.

Ia boleh dibuat dengan melayari laman www.meletop.com.my, www.facebook.com/mymeletop dan www.facebook.com/erafm.

Anugerah Meletop Era bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 menerusi saluran Astro Ria, Maya HD dan Astro Hitz.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top