Liyana Jasmay alami alahan hamil, gagal kawal emosi

Liyana Jasmay sedang berperang dengan detik awal kehamilan yang begitu menduga perjalanan emosinya. Dia mengalami alahan hamil yang boleh dianggap agak teruk.

Pernah satu peringkat, dia tidak selesa apabila suaminya, Fathuddin Mazlan berada di sisi membuatkan dia keliru mengapa terpaksa melalui episod mencabar seperti itu.

"Suami seorang yang penyabar dan tenang melayan sega la kerena h. Si kap tenangnya itu membuatkan saya sering diburu perasaan bersalah kerana gagal mengawal emosi.

"Saya hanya mampu meminta dia bersabar. Entah kenapa saya seperti tidak selesa apabila dia ada bersama, seolah-olah ada bau yang mengganggu.

"Dia tidak pernah marah atau berkecil hati. Pernah saya suarakan kepada mama, mengapa orang mengandung terpaksa melalui pengalaman seperti ini?

"Jawapan ringkas mama iaitu syurga di bawah telapak kaki suami dan jangan sesekali derhaka membuatkan saya akur, Tuhan menguji kerana ingin saya merasai segala kemanisan menanti detik bergelar ibu," katanya yang kini hamil empat bulan.

Liyana mengakui berjauhan dengan suami tercinta yang mengusahakan perniagaan di Kota Kinabalu, Sabah, sering menerbitkan rindu yang tidak berpenghujung.

Liyana terharu apabila suaminya sanggup berulang alik saban minggu ke Kuala Lumpur untuk bertemunya.

"Suami memahami dan sentiasa bertolak ansur, terutama apabila saya hamil. Paling lama tidak bertemu hanya seminggu, jika tidak saya akan merajuk dan menangis.

"Insya-Allah, bulan depan saya akan kembali bersama suami untuk menguruskan rumah baru kami di sana. Selagi belum bersalin saya akan menetap di Kota Kinabalu.

Pemeriksaan kesihatan

"Tidak sampai hati pula saya meninggalkan suami berseorangan di sana. Bagaimanapun, saya tetap akan pulang ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan, selain menguruskan beberapa urusan kerja yang tertangguh," katanya yang bakal menimang cahaya mata, Mei depan.

~ Berita Minggu

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top