Running Man (Don't Walk But Run) - Versi Komik

Judul: Running Man (Don't Walk But Run)
Penulis: Hong Young Hoon, Kim Moon Sik
Penerbit: Pts Pop Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Rancangan televisyen popular Korea, Running Man yang menjadi ikutan ramai kini muncul dalam bentuk komik.

Buku ini berkisarkan watak utama, Yoona, penyanyi kesayangan ramai yang diculik penjahat Blagoose.

Tujuan Blagoose menculik Yoona adalah untuk menjayakan misinya dalam menyebarkan kuasa gelap ke seluruh dunia.

Suara Yoona yang merdu memberi keyakinan kepada Blagoose untuk menjayakan misi itu kerana percaya dapat menarik ramai pengikut.

Running Man yang mengetahui agenda jahat Blagoose cuba menghalang.

Mampukah Running Man menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose? Berjayakah mereka mengatasi cabaran dalam misi ini?

Bagi peminat drama Korea ini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku ini yang menghiburkan dan mencuit hati.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top