Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan di Gazebo Setia City Convention Centre.

Majlis berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam Rabu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.

Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.

Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.

Peti hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.

Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.

Rozita menggayakan kebaya moden berwarna sama rekaan Man Kajang.

Wanita itu kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.
Rozita Che Wan - Zain sah bergelar suami isteri

Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.

Sementara itu Zain berkata, dia gembira akhirnya dia menjadi suami kepada Rozita dan berharap agar perkahwinan mereka akan mekar sehingga ke akhir hayat.

"Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga.

Rozita Che Wan - Zain sah bergelar suami isteri

"Harap-harap tiada lagi gosip berkaitan dengan kami selepas ini," selorohnya.

Seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media menghadiri majlis akad nikah bertemakan ala taman itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top