Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian kemalangan membabitkan bintang Hollywood, Paul Walker mula tersebar di Internet.

Daily Mail melaporkan, seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata kenderaan jenis Porsche itu dipandu laju sebelum berlakunya kemalangan sehingga menyebabkan kebakaran begitu pantas.

Rakaman CCTV juga merakamkan asap hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.

Dalam kejadian Sabtu lalu, bintang filem itu bersama temannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat.

Kenderaan yang dinaiki mereka dikatakan melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan ia meletup.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top