Majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar - Mawar meriah

Majlis resepsi perkahwinan pelakon Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo, 28, dan Mawar Abdul Karim yang diadakan di kediaman keluarga Fizo di Taman Sri Jawa, Selising di sini semalam meriah apabila dibanjiri lebih 15,000 jemputan dengan diserikan konsep taman bunga.

Mawar, 24, bersama ibu bapa serta 40 anggota keluarganya dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang diiringi 100 penunggang motosikal berkuasa besar tiba di pekarangan rumah keluarga pelakon drama bersiri Cinderella itu pada pukul 12 tengah hari.

Kedua-dua mempelai itu kemudiannya disajikan muzik gamelan Orkestra Seni Warisan Pauh Lima, Bachok, persembahan seni silat dan dikir barat sebelum disandingkan di pelamin.


Fizo ketika ditemui pada majlis itu berkata, sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan untuk dimasak dengan resipi khas gulai kawah Kelantan sebelum disajikan kepada tetamu.

"Kenduri kesyukuran ini adalah sebahagian simbolik rasa kasih dan penghormatan saya kepada peminat yang banyak memberi sokongan," katanya.

~ Kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top