Katie Holmes pasti gembira mengemukakan bukti mengenai masalah rumah tangganya dengan Tom Cruise ketika aktor terbabit terus berdepan dakwaan "mengabaikan" anak perempuan mereka, kata beberapa sumber.

Namun aktres itu dipercayai menandatangani perjanjian sulit sebagai sebahagian syarat perceraian dengan pelakon senarai A itu pada Julai tahun lalu.

Jika ia benar, Katie tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai perkahwinannya selama lima tahun itu.

Pada masa sama Cruise, 51, mengemukakan saman fitnah AS$50 juta (RM161 juta) terhadap Bauer Media kerana mendakwa syarikat penerbitan itu menyiarkan laporan palsu mengenai dirinya dan Suri.

Jika kes itu dibicarakan seperti dinyatakan peguamnya, Katie, 34, akan dipanggil ke kandang saksi.

Katie yang meraikan Hari Kesyukuran bersama keluarga dan Suri di Michigan memang tiada masalah dengan keadaan itu.

Menurut sumber, malah Katie pasti gembira jika diberi ruang untuk bercakap secara bebas mengenai perkahwinan dengan Cruise dan perpisahan mereka.

"Kini Katie berasa dihormati dan dia mendapat semula hidupnya sejak bercerai dengan Cruise.

"Sebagai ibu tunggal Katie sangat dedikasi kepada Suri - satu-satunya insan terpenting kepada dirinya," katanya.

Namun, kata sumber itu, jika kes berkenaan berlanjuta ke mahkamah, Katie akan memberikan keterangan dan ini bermakna dia bakal mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkahwinan mereka.

Secara jujur, kata sumber itu, ia adalah peluang untuk Katie meluahkan apa yang tersembunyi di sebalik rumah tangga dia dan Cruise.

Minggu lalu peguam Cruise kembali ke mahkamah untuk meminta hakim membantu mengendali kes fitnah mereka terhadap penerbit Bauer Media berikutan kisah diterbitkan menerusi Touch Weekly and Life & Style pada Julai dan Oktober tahun lalu yang mendakwa bintang itu "mengabaikan" Suri.

Dalam keterangannya hero Mission Impossible itu mengakui kepercayaannya terhadap ajaran Saintologi memainkan peranan dalam perceraiannya.

Dalam tempoh lima tahun perkahwinan mereka, aktres itu turut mengamalkan kepercayaan berkenaan tetapi meninggalkan gereja itu bersama Suri sebaik saja mereka berpisah. ~ HM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top