Kes Skandal Adi Putra - Nooraida telah diceraikan talak satu

Amiruddin Othman telah menceraikan isterinya, Nooraida Abdul Mutalib dengan talak satu pada 19 Disember 2013. Amir yang ditemui di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya mendedahkan hal tersebut kepada pihak media, hari ini.

"Saya telah menceraikan isteri saya pada sekitar jam 4.30 hingga 5.00 pagi di rumah saya yang terletak di Johor Bahru. Namun begitu, saya tetap ingin meneruskan kes ini kerana ianya berlaku ketika kami masih bergelar suami isteri. Walaupun tiada ikatan sekarang, saya mahu menegakkan kebenaran. Kami berdua bersetuju untuk meneruskan kes ini," jelas Amir.

Skandal Adi Putra

Tujuan Amir ke Jabatan Peguam Negara hari ini ialah untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus 'No Further Action' (NFA) sebelum ini. Amir yang datang bersama dua orang peguamnya merayu agar kes tersebut dinilai semula menerusi seksyen yang lebih relevan.

"Selama empat bulan perkara ini berlangsung, maruah dan nama baik saya tercalar. Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga dan kini telah bercerai, saya tetap akan meneruskan prinsip saya untuk melanjutkan perkara ini untuk menegakkan kebenaran. Ada orang cakap saya membuka aib, tapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang saya hadapi. Saya bukan mahu duit ataupun populariti, tetapi saya mahukan kebenaran ditegakkan," kata Amir lagi.

Tambah Amir, jika rayuan mereka untuk meneruskan kes menemui jalan buntu, dia tetap akan meneruskan perkara tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.

"Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia. Impak dari kes ialah sebuah rumah tangga runtuh dan hubungan kekeluargaan menjadi tegang. Saya nak tegakkan kebenaran, itu sebabnya saya ingin meneruskan perkara ini," tutur Amir. ~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top