Sekali lagi, saluran 8TV yang sentiasa hadir dengan idea segar dan Saluran Ceria Anda, ntv7, membuktikan kandungan produksi tempatan mereka mempunyai kualiti terbaik apabila berjaya mendapat pengiktirafan pada acara berprestij, Anugerah Televisyen Asia ke-18.

Kejayaan itu diumumkan pada acara makan malam gala dan penganugerahan yang berlangsung di Resort World Sentosa, Singapura, baru-baru ini.

Anugerah itu memberi pengiktirafan kepada rancangan televisyen terbaik di rantau ini.

Tahun ini, 8TV berjaya memenangi anugerah Lagu Tema Terbaik menerusi lagu Serra Feilla yang dimuatkan dalam drama popular, The Beat. Lagu ini dinyanyikan dan dicipta sepenuhnya oleh Yise Loo yang juga pelakon wanita utama drama terbabit.

Impak drama ulang tahun

The Beat ialah drama sempena ulang tahun kelapan 8TV. Drama yang mengangkat tema mengenai seni genderang ini disiarkan di 8TV pada November 2012. The Beat yang dibintangi Henley Hii, Yise Loo, Aric Ho, Tiffany Leong, Issac Dang dan Christy Yow mengisahkan kehidupan lima anak muda yang mempunyai cerita tersendiri dalam mengejar impian masing-masing.

Malam gemilang itu turut meraikan kejayaan ntv7 yang menyerlah dengan drama ulang tahunnya pada 2012, Summer Brothers. Drama terbabit membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik, yang diterima Coby Chong.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top