"Saya sedia memaafkannya namun dalam masa sama berharap dia bertaubat atas kesalahannya," kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22, yang memaafkan pengarah drama, Rashid Ahmad, 38 atau Rashid San berhubung insiden dikirim mesej berbaur seks, minggu lalu.
Carmen berkata demikian selepas menerima permohonan maaf terbuka daripada Rashid di pejabat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), di sini, kelmarin, berhubung konflik antara kedua-dua mereka.
Menerusi Harian Metro 9 Mac lalu, Carmen mendakwa pengarah itu bertindak di luar batasan sejurus mengirimkan mesej seks kepadanya Januari lalu selain turut dipukul, ditampar dan tidak dibayar gaji.
Rashid bagaimanapun tampil menafikan dakwaan melainkan mengakui mengirimkan mesej berbaur seks bertujuan menyedarkan Carmen disebabkan pelakon itu tidak membayar sewa rumah di Setapak menyebabkan pemilik rumah mencarinya.
Selain itu, punca Rashid berbuat demikian kerana Carmen enggan menjalani penggambaran sebuah video muzik biarpun sudah menerima bayaran RM1,500 dan sebuah telefon bimbit.
Dalam majlis ringkas itu, Rashid menyatakan permohonan maaf dan disaksikan Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang SENIMAN Zahrin Ishak serta Pengerusi Biro Perpaduan S Subash.
Menurut Carmen, dia enggan mengulas lanjut kes terbabit namun memaafkan Rashid dan berharap pengarah itu tidak mengulangi kesilapannya.
Rashid berkata, dia kesal tindakannya mengirimkan mesej terbabit dan memohon maaf kepada Carmen.
"Saya beranggapan ia hanya salah faham dan perlu diselesaikan secara baik tanpa membabitkan tuduhan melulu. Tambahan pula saya tidak mahu orang mengenali saya kerana kontroversi," katanya.
Menurut Rashid, dalam masa sama dia mendoakan kesejahteraan Carmen dan berharap pelakon itu melebarkan sayap dalam bidang lakonan.
"Saya akui kesalahan mengirimkan mesej berbaur seks namun tindakan itu bersebab. Semoga permohonan maaf ini menyelesaikan segala-galanya," katanya menyifatkan putaran dunia industri di Malaysia tidak ke mana sekiranya mengambil kira faktor kontroversi.
Sementara itu, Zahrin berkata, selepas mengadakan perbincangan di antara kedua-dua pihak, SENIMAN menyifatkan masalah itu tidak perlu dipanjangkan dan mencadangkan majlis memohon maaf diadakan.
"Kami (SENIMAN) menganggap konflik mereka sudah selesai," katanya. ~ Metro

0 ulasan:
Catat Ulasan