Suki  telah memenangi tuntutan di mahkamah dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. pada Ogos tahun lalu namun masih belum menerima jumlah wang yang telah dijanjikan sebanyak RM417,575.17.

Juara musim pertama rancangan reality TV One in A Million itu terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil para pengarah Galaxy Music Sdn. Bhd. iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May bagi menjelaskan kegagalan atau keengganan pihak Galaxy Music untuk membayar jumlah wang tersebut.

Pada 6hb Februari 2013, kedua-dua pengarah, Chan Tak Wai dan Wong Yoke May, sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan Suki dalam tuntutannya terhadap pihak Galaxy Music.

Bagaimanapun, kedua-dua Chan Tak Wai serta Wong Yoke May gagal menghadirkan diri di mahkamah. Menurut peguambela mereka, Chan dan Wong terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat penting di Singapura.

Pihak mahkamah kemudian menetapkan tarikh baru untuk kes tersebut yang telah ditunda ke 8 Mac 2013 pada jam 9 pagi.

Namun begitu pada tarikh baru tersebut, kedua-dua , Chan Tak Wai dan Wong Yoke May sekali lagi gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Oleh kerana kedegilan mereka, Suki terpaksa meminta pihak mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka berdua. Pihak mahkamah kini telah mengeluarkan arahan tangkap tersebut dan kes akan disebut semula pada 15 Mac 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top