Bukan senang untuk meninggalkan kampung halaman tercinta, namun demi kelangsungan karier, Velvet kini mengambil keputusan menetap di Kuala Lumpur dan turut membawa anak-anaknya bersama.

Jika sebelum ini dia sentiasa ternanti suaminya untuk pulang menjengah mereka sekeluarga di Sabah, kini tidak lagi. Meskipun dia sebenarnya berat hati untuk berpindah ke sini, Velvet tidak bimbang kerana sekurang- kurangnya suami ada di sisi.

"Sudah selesa di kampung, memang berkira-kira juga saya hendak kembali ke sini. Memikirkan kesibukan jadual kerja lagi, paling saya risaukan adalah perhatian buat anak-anak kelak.

"Nasib baiklah ibu saya sudi ikut kami ke sini dan menjaga mereka setiap kali Rich mahupun saya keluar. Saya juga mahu mereka bersekolah di sini, tapi kena tengok keadaan dulu," katanya.

Bertekad untuk menumpukan sepenuh fokus dan membina kembali namanya dalam industri, Velvet juga bersyukur kerana hasratnya itu mendapat sokongan penuh daripada keluarga.

"Walaupun kini saya bergelar ibu dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada anak-anak, keluarga tidak pernah menghalang impian saya. Itu yang menguatkan saya untuk kembali dan semestinya tidak akan mensia-siakan peluang yang terbentang," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top